Wednesday, February 16, 2011

Awas!!!Kosmetik...Have a Read






Kebanyakan barangan kosmetik mekap muka mengandungi bahan-bahan yang tidak merbahaya dan dijual dalam kuantiti yang kecil. Barangan ini bolehlah dianggap tidak beracun. Namun begitu, sekiranya tertelan, air atau susu perlu diminum untuk mencairkan bahan kimia yang terdapat di dalam perut.
Pensil Alis Mata
Pencil alis mata biasanya mengandungi beberapa jenis bahan kimia antaranya lampblack, petrolatum dan parafin, kadangkala aluminium silikat dan asid stirat. Penggunaannya di bawah kelopak mata tidak digalakkan oleh pakar perubatan kerana boleh menyebabkan pigmentasi pada lapisan mukosa pada mata, mata menjadi merah, radang, berair dan pandangan menjadi kabur. Parafin tulin adalah merbahaya pada kulit. Kehadiran yang tidak tulin boleh menyebabkan kerengsaan dan ekzema. Walaupun pada amnya kandungan petrolatum adalah tidak toksik, tetapi bahan ini boleh menyebabkan alahan pada kulit.
Pembayang Mata
Pembayang mata mengandungi lanolin, beeswax, seresin, kalsium karbonat, minyak mineral, sorbitan oleate dan bedak. Bedak boleh menyebabkan gangguan paru-paru jika terdedah secara berpanjangan.
Maskara
Maskara mengandungi garam asid stearik berserta pigmen, lanolin, parafin dan lilin carnauba. Sejak penggunaannya selama beberapa tahun, terdapat beberapa kes seperti melecur, mata berair dan kerengsaan mata ke atas penggunanya.
Gincu
Gincu juga dianggap tidak berbahaya. Ia biasanya mengandungi minyak galian atau sayuran, lilin dan pewarna. Lain-lain bahan yang ditambah termasuklah bahan pelembap, pewangi, pengawet, antioksidan dan mungkin juga perasa. Jika ditelan, ia tidak meninggalkan sebarang kesan.
Pengilat Kuku
Bahan ini terdiri daripada pelarut seperti xylena, toluena, aseton, etil asetat, etanol atau metanol dan plasticizer (seperti butil-asetat, dibutil phthalate, kamfor) bersama nitroselulosa atau lain-lain resin. Sesetengah daripada bahan-bahan kimia ini, jika ditelan dengan banyak boleh mengakibatkan rasa mual, muntah dan mungkin menganggu fungsi otak. Mangsa keracunan perlu dibawa ke hospital dengan segera sekiranya didapati tertelan pengilat kuku. Pembersih pengilat kuku pula boleh membahayakan diri. Kesannya adalah sama sepeti keracunan alkohol.
Barangan Bedak
Barangan bedak termasuk bedak debu dan bedak badan. Bedak mengandungi bahan-bahan seperti talkum, kanji atau kedua-duanya sekali serta dengan karbonat inorganik, zink stearat, kaolin, pewangi dan mungkin juga pengawet. Secara amnya, bedak jenis ini dianggap tidak berbahaya. Namun begitu jika dihidu dengan banyak boleh menyempitkan saluran pernafasan.
Barangan Kolon
Barangan kolon serta minyak wangi amnya adalah larutan hidroalkohol yang dicampurkan dengan sedikit pewangi. Barangan ini mempunyai kandungan alkohol setinggi 50 hingga 90 peratus. Jika ditelan, ia boleh menyebabkan seseorang itu mengalami rasa mengantuk dan penekanan fungsi otak.
Selain daripada barangan yang disebutkan di atas, terdapat juga barangan lain yang biasa digunakan dan disimpan di rumah. Walaupun ia tidak dinyatakan, ini tidaklah bermakna yang ia langsung tidak merbahaya.


Wan Zainal Azman Wan Abdullah
Pusat Racun Negara, USM
 

Monday, February 14, 2011

bILa wAkTu TeLah BeRaKhiR

Bagaimana kau merasa bangga,
Akan dunia yang sementara,
Bagaimanakah bila semua hilang dan pergi,
Meninggalkan dirimu.
Bagaimanakah bila saatnya,
Waktu terhenti tak kau sedari,
Masikah ada jalan bagimu untuk kembali,
Mengulangkan masa lalu.
Dunia dipenuhi dengan hiasan,
Semua dan segala yang ada akan,
Kembali padaNya.
Bila waktu telah memanggil,
Teman sejati hanyalah amal,
Bila waktu telah terhenti,
Teman sejati tingallah sepi.

-opick-

Add caption

Friday, February 11, 2011

tiDuR n MimPi

::Di dalam sebuah hadith yang bermaksud : " Tidak tetap kegembiraan kecuali mimpi tentang perkara yang baik di mana yang bermimpi adalah seorang lelaki yang baik.Kerana mimpi yang baik adalah khabar gembira dari Allah untuk hambaNya yang baik, sedangkan mimpi buruk daripada syaitan, maka tidak akan membahayakan.Oleh itu jika mimpi buruk janganlah diceritakan kepada orang lain sedangkan mimpi yang baik ( dari Allah ) adalah tidak mengapa dicerita kepada orang lain."
::Diriwayatkan Abu Said Khudri r.a.Sesungguhnya dia mendengar Rasulullah S.A.W bersabda: " Apabila diantara kamu ada yang mimpi menyenangkan ( memberi khabar gembira ), maka ia bermakna dari Allah. maka bacalah hamdalah dan ceritakan ( mimpi yang baik tersebut kepada orang lain), tetapi sekiranya mimpi yang tidak menyenangkan , maka ia bermakna daripada syaitan.Oleh itu mohonlah perlindungan Allah dari kejahatan ( mimpi dari syaitan ), dan janganlah kamu ceritakan mimpi tersebut kepada orang lain, maka mimpi tersebut tidak akan membawa mudarat." ( Hadis Riwayat Bukhari )

::Dari penjelasan kedua-dua hadis tersebut di atas nampak jelas sekali bahawa sikap kita dalam menghadapi mimpi ada dua :
1. Sekiranya anda mimpi sesuatu yang memberitakan tentang kebaikan seperti makan, solat dan lain-lain, maka anda segera bersyukur, kerana anda telah mendapat nikmat dan anugerah dari Allah.
2. Sekiranya anda mimpi yang menakutkan atau membimbangkan, maka sikap yang perlu diambil ialah tidak menceritakan mimpi tersebut kepada orang lain, sebab jika anda mimpi yang buruk kemudian diceritakan kepada orang lain maka akan dikhuatirkan ia akan menjadi kenyataan.Seterusnya anda mesti secepatnya bertaubat dan memohon kepada Allah agar mimpi yang menyedihkan dan membimbangkan tersebut tidak menjadi kenyataan.

 

Wednesday, February 9, 2011

TaZkIRaH NafSi

dikala diri dalam kesenangan
mengapa yang tidak redha
dikala diri dalam kesusahan
mengapa ada yang tersenyum
dikala dalam kejayaan
mengapa ada yang menafikan
dikala diri sihat
mengapa ada yang membuat jahat
dikala diri dicintai
mengapa ada yang membenci
Ya Allah..
jauhkan aku dari insan ini...
yang gelisah disaat aku bersenang
yang tersenyum disaat aku kesusahan
yang menidakkan kejayaanku
yang menyakiti jasad dan qalbuku
yang membenci dikala aku bahagia

Duhai insan yang bergelar manusia...
bahagiakanlah sahabatmu
raikan kejayannya
bersama dimasa susah senangnya
doakan kesejahteraannnya

Sesungguhnya, tidak rugi berbuat baik
tidak untung berbuat khianat...
Ingatlah...
Maka siapa yang berbuat baik walau sebesar zarah akan diperlihatkan kelak
Dan siapa yang berbuat jahat walau sebesar zarah akan diperlihatkan kelak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...