Sunday, March 25, 2012

Lega dengan sebuah kematian?



“Kalaulah Tsunami itu berpunca daripada murka Allah, kenapa Tsunami tidak melanda negara orang-orang jahat? Mengapa Acheh?” soal seorang lelaki.
“Kasihan anak kecil itu. Mati tersedak susu!” keluh seorang penonton berita.
“Lu punya perangai, pigi mampos lagi baik maa!” marah seorang warga kota.
Ada pelbagai ungkapan tentang kematian. Ada yang lega. Ada yang mempersoalkan. Ada yang kehairanan. Ada yang seperti tidak berbaloi. Ada yang semacam mempersoalkan nilai keadilan. Persoalan-persoalan yang sukar dijawab kerana si mati sudah tidak boleh bercerita tentang kehidupannya selepas mati.
Urusan alam ghaib.
Kecuali datang penjelasan seorang insan, yang juga manusia seperti kita, tetapi insan mulia itu dipilih Allah menjadi jambatan pada menyampaikan urusan ghaib daripada ‘Aalem al-Ghaib wa al-Syahadah kepada makhluq penghuni alam nyata. Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam.
[مَالِكٍ عَنْ أَبِي قَتَادَةَ بْنِ رِبْعِيٍّ الْأَنْصَارِيِّ أَنَّهُ كَانَ يُحَدِّثُ
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - مُرَّ عَلَيْهِ بِجِنَازَةٍ ، فَقَالَ: مُسْتَرِيحٌ وَمُسْتَرَاحٌ مِنْهُ !
قَالُوا : يَا رَسُولَ اللَّهِ مَا الْمُسْتَرِيحُ وَالْمُسْتَرَاحُ مِنْهُ؟
قَالَ : الْعَبْدُ الْمُؤْمِنُ يَسْتَرِيحُ مِنْ نَصَبِ الدُّنْيَا وَأَذَاهَا إِلَى رَحْمَةِ اللَّهِ ، وَالْعَبْدُ الْفَاجِرُ يَسْتَرِيحُ مِنْهُ الْعِبَادُ وَالْبِلَادُ وَالشَّجَرُ وَالدَّوَابُّ ].
رواه البخاري ومسلم
Sekujur jenazah dibawa melintasi Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam. Lalu Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam bersabda: KEREHATAN atau DIREHATKAN DARIPADANYA. Baginda ditanya, apakah maksud kerehatan dan direhatkan daripadanya itu? Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam menjawab: Seorang hamba yang beriman, (dengan kematian itu) dia direhatkan daripada kesusahan dunia dan dibawa kepada rahmat Allah. Ada pun hamba yang jahat, kematian itu telah menyebabkan hamba-hamba Allah, tanah air, pohon-pohon dan haiwan-haiwan direhatkan daripadanya! [Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim]
Dalam Tsunami, orang baik-baik yang mati, direhatkan daripada keletihan dan penderitaan dunia. Orang-orang jahat pula, kematiannya merehatkan alam semesta.
Anak-anak yang meninggal dunia kerana kemalangan yang disabitkan oleh ibu bapa cuai yang tiadacommon sense, diselamatkan daripada terus hidup bersama dua manusia dewasa yang cacat cara berfikir. Anak-anak yang berisiko ketika bersama ibubapanya sendiri, yang sepatutnya menjadi pelindung kepada diri.
Berapa ramai manusia yang kematiannya adalah sebuah kurniaan kepada diri?
Berapa ramai manusia yang kematiannya adalah sebuah kurniaan kepada semua yang ditinggalkannya?
Muhasabahlah sementara hidup, apakah matimu sebuah kerehatan, atau kejinya kamu hingga manusia hanya dapat berehat daripada kecelaan dirimu tatkala engkau mati? Mati bukan di tangan kita. Hidup, kita diberikan kebebasan membuat pilihan.
Pilihlah sesuatu yang berbaloi, untuk kehidupan yang satu ini.
*lama menyepi, terasa ingin berkongsi sesuatu,  bersama telusuri perkongsian ini:)
ia dicopy dari http://saifulislam.com.

8 comments:

SyaheeDah said...

..kematian ; sebuah kurniaan..

"orang yang paling bijak adalah orang yang paling banyak mengingati mati"

syukran umu, utk zikr yg hbt ni!

*rindu utk "BEREHAT"..bila ye..

Angah Rahim said...

Ya Allah...xterkata betapa indahnya peringatan Ummu Aiman mengenai kematian ni..

Ada yg sukar menerima sesuatu pemergian tetapi ada yg meredhai sesuatu pemergian namun ketahuilah apa yg dirancangkan Allah buat kita adalah yg terbaek ^^

Alhamdulillah, Ummu peringatkn org pasal kematian,bergerak ckit otak ni lepas pulas idea utk esemen sehari suntuk hehehe

Tq,Ummu Aiman..
May Allah bless you with non-stop time zone or place..

Ummu Aiman said...

ida: kdg2 kita rindu untuk brehat kan..tapi kdg2 kita tkut utk hadapinya..apepu..perlu utk kite sentiasa mengingatinya..:)

Ummu Aiman said...

insyaAllah eila..amin..moga Allah rahmati kita semua..

ummu juga tersentuh sgt baca post ni kt blog ust hasrizal..jd sahut seruan utk sama2 brkongsi dan muhasabah..

^_^

kueh said...

baru sedar ada entri sal ni..hehe..
kematian satu kemestian~~

sama2 muhasabah..
syukran atas ingatan.

emm..memg lama menyepi..hee

RuMaH TuA said...

Carilah kematian, disitu ada kehidupan...

(^-^):- <3 Allah & rasul.

Moga Allah kasih.

xurs said...

Muhasabah diri,kerana ia semestinya sesuatu yang pasti bagi makhluk-Nya..

TiranaAduka said...

ummu duduk kg baru ke?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...