Saturday, October 8, 2011

at Sungai Mun on 6th Oct.



me and my fren....
at sungai mun....
the precious memory...



zati bayani mungkin 'tergugat' tatkala menatap picture ini...hehe

bubur caca menjadi 'motivasi' utk kaum lelaki membersih kwsan perkuburan..::P



tiqah, zati, iqa and me!
*sinar kebahgian telah muncul antara kita,.....tapi mungkinkan muncul yg ke-4???



kawan2ku....
hargailah mase kita bersama kerana pasti satu hari nanti kita akan berpisah..
saat bersama mungkin tidak trase, bila tiada pasti dirindui..
dalam suka ada duka, dlm duka pasti ada suka..
dlm seloka pasti  ada  yg terasa
so, aku mohon maaf jika berbuat dosa
hanya ingin menjadi penghibur dikala duka..
hehehehehehe...(xda motif)

kg. sungai Mun dalam kenangan..
ada mase kite g lagi ye..

p/s: kpd rkan2 yg lain, jgn rase tersisih  jika gmbar anda tidak terdapat di blog yg famos ni..
       xcekak nk tggu upload gmbr lmbat dOoh...nyet2..


bye2..ila liqo'...:)


Tuesday, October 4, 2011

my new niece...


ni anak sdare ambo yg ke-13...
mase ni bru bbrapa jam hadir kedunia...
berat beliau hanya 2.24kg saat keluar...

"doa ku agar dikau menjadi insan yang solehah dunia akhirat"

Thursday, August 25, 2011

jom warna!

assalamuaikum...

alhmdllah syukur ke hadrat Allah kerana kita masih berkesempatan untuk bernafas
dan menikmati nikmat iman dan Islam pd hari ni..
selamat berpuasa utk hari ke-21..

sempena bulan merdeka, mktb sy telah mnganjurkan per tanding an mewarna .
dengan penuh smangat ptriotik, sy, baitil atiqa dan sufi isi borang  utk masuk tanding tu...
walaupun xreti lah mano ngala tapi kami cube..
sie ko penganjur kalu xda org masuk..hehe


sedap ngala...lamo doh xpege kala...

kueh: bakal naek pentas trime adioh tanding mewarna..

hasil menyertai pertandingan ini:
tahu tema merdeka taun ni..
merelexkan kepala yg dibeban dgn asgment..





tu je nk oyk...
Selamat beramal...:)


Friday, July 29, 2011

menunggu ramadhan tiba...

asslamuaikum..
bbrapa hari jah lagi bulan ramadhan Al-Mubarak berkunjung lagi...
cuba kita bersama imbau kembali masa kecik dulu..mesti kita amat gembira lntaran tibanya Ramadhan kerana lepas itu hari raya  kan?
so, mcm mmane skrang? diusia kini..adakah masih sama atau mcmne? kalu lah kita suka sgt ramadhan sebab  raya dh dekat,  makanan byk, duit raya ($$$), shopping, blik kg (kg baru) dan sbgnya..
fikirkan kembali..
kalu budak kecik bulehla rase gtu. tapi kalu dh ber'usia'..sedar2lah..(igtan utk dri sndri jgk)
jadikan ramadhan sbg bengkel utk memantapkan lg amalan dan ibadah kita semua..
bersama kita berusaha utk memaksimakan amal dan menjauhi p'kara mungkar, tnggalkan hobi yg xbermanfaat (ngumpat,gosip, oversleep&??) replace dgn benda lain yg dpt faedah..jika seblum ini kita xpenah lagi khatam 30 juzuk al-quran dlm bulan puasa apa kata tahun nie kita cabar dri sndiri  baca smpai habis..cari kawan dan compete dgn dia...sape kalah kene ganti pose kt kwn die yg menang..hehe..(gurau jah)..skurang2nya sekali khatam, kalu lebih alhmdulillah...selain itu, kalu tahun lepah byk tinggal solat sunat terawih, tahun ni berusahalah untuk memenuhi ruang2 surau pada setiap mlam...kalu xberkesempatan berjemaah, buatlah kt bilik sndri..itu afdal dr xbuat langsung...
"Sesiapa yang menghidupkan malam Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran dari Allah diampunkan dosa-dosanya yang lalu. (Al-Bukhari) "


insyaAllah, same2 kita berusaha kearah yg lebih baik dan berlumba-lumba mlakukan kebaikan..fasstabiqul khairot..
em, xda idea dh nk tulis, stakat tu jah dulu..salam Ramadhan.:)


jumpe lagi...insyaAllah..

Wednesday, July 13, 2011

KiNi kEmBaLi...


Assalamualaikum...
setelah sekian menyepi, kini Al-um kembali...
kembali???
untuk ape?heee
kembali menulis untuk menghiasi semula ruangan ruhul qudus...
bkpo lame xupdate?
bukan nya buzy, tp xtahu nk tulih gapo...xda ilmu lah mane..
tp sebab utama bkpo blog ni lamo xupdate adalah kerana
lupe 'PASSWORD'
so, xleh nk login...
hehehe...
alhamdulilah pada petang ni datang petunjuk Allah, tibe2 ingat...
oh, plek sunggoh la, password pn xigt...
tp gitulah sifat manusia...LUPA... 
namun, asykuru ilaAllah, masih xlupa lagi tentang tggjawab dan amanah sbg hamba dan khalifah kt bumi ni..
password2 ni dunia belaka...betol x?
hehe...
apepun sbg manusia biasa, diri kita semua perlukan bimbingan dan peringatan serta dorongan dalam menjalankan tggjwab tersebut..setuju?
manusia xmampu hidup sendiri...kalu xcayo, cu try...
esk jgn kecek nga sapo2..dok diam2...
rasakan mcmne?
ibarat kuda, xkan berani maju ke medan perang andai sendirian, namun andai bersama, langkahan laju dan tangkas menewaskan musuh...
ok...ituje stakat ni..insyaAllah kalu xlupa password, i'll back...
senyum itu sedekah, so
senyum sokmo...=)


Sunday, March 27, 2011

Sek.keb,kutan dlm kenangan...


assalamualaikum...
dh lama xupdate blog ni..huhu..kesian...pada ksempatan masa yg ckit ni,nk kongsi ckit psal crita PBS kt sk.kutan slama seminggu...walaupu pn seminggu jer kt sk kuta, tp byk kenangan utk dkenang....
kpd ank2 murid yg nk sgt tgk gmbr, ni haa cikgu dh msukkan gmbr utk awk semua...dh tunai jnji..ok?



Bersama rakan guru pelatih dari ipba dan ipis
-bakal guru-guru berwibawa..insyaAllah...





barisan murid tahun satu...tenang menatap wajah kalian..suci dan bersih sesuci hatimu..

comel2 blako..hehehe

rakan seperjuangan dari ipis....ustazah nadiawani bersama dua peminat cilik...

kelas 5 bestari.....semua tekun dan rajin belajar berkat tunjuk ajar ustazah yg bernama Ummu aiman...hehe

permata hati ummah...

sama tp xserupo...seorang pendiam dan seorang suka cakap...cube teke hk mano sko cakap?


cikgu sayang kamu semua...
peliharalah akhlak dan agamamu wahai anak2 ku...
engkaulah harapan ayah bonda dan agama...
uhibbukum abadan...
dari:

Ustazah Ummu Aiman

Wednesday, February 16, 2011

Awas!!!Kosmetik...Have a Read






Kebanyakan barangan kosmetik mekap muka mengandungi bahan-bahan yang tidak merbahaya dan dijual dalam kuantiti yang kecil. Barangan ini bolehlah dianggap tidak beracun. Namun begitu, sekiranya tertelan, air atau susu perlu diminum untuk mencairkan bahan kimia yang terdapat di dalam perut.
Pensil Alis Mata
Pencil alis mata biasanya mengandungi beberapa jenis bahan kimia antaranya lampblack, petrolatum dan parafin, kadangkala aluminium silikat dan asid stirat. Penggunaannya di bawah kelopak mata tidak digalakkan oleh pakar perubatan kerana boleh menyebabkan pigmentasi pada lapisan mukosa pada mata, mata menjadi merah, radang, berair dan pandangan menjadi kabur. Parafin tulin adalah merbahaya pada kulit. Kehadiran yang tidak tulin boleh menyebabkan kerengsaan dan ekzema. Walaupun pada amnya kandungan petrolatum adalah tidak toksik, tetapi bahan ini boleh menyebabkan alahan pada kulit.
Pembayang Mata
Pembayang mata mengandungi lanolin, beeswax, seresin, kalsium karbonat, minyak mineral, sorbitan oleate dan bedak. Bedak boleh menyebabkan gangguan paru-paru jika terdedah secara berpanjangan.
Maskara
Maskara mengandungi garam asid stearik berserta pigmen, lanolin, parafin dan lilin carnauba. Sejak penggunaannya selama beberapa tahun, terdapat beberapa kes seperti melecur, mata berair dan kerengsaan mata ke atas penggunanya.
Gincu
Gincu juga dianggap tidak berbahaya. Ia biasanya mengandungi minyak galian atau sayuran, lilin dan pewarna. Lain-lain bahan yang ditambah termasuklah bahan pelembap, pewangi, pengawet, antioksidan dan mungkin juga perasa. Jika ditelan, ia tidak meninggalkan sebarang kesan.
Pengilat Kuku
Bahan ini terdiri daripada pelarut seperti xylena, toluena, aseton, etil asetat, etanol atau metanol dan plasticizer (seperti butil-asetat, dibutil phthalate, kamfor) bersama nitroselulosa atau lain-lain resin. Sesetengah daripada bahan-bahan kimia ini, jika ditelan dengan banyak boleh mengakibatkan rasa mual, muntah dan mungkin menganggu fungsi otak. Mangsa keracunan perlu dibawa ke hospital dengan segera sekiranya didapati tertelan pengilat kuku. Pembersih pengilat kuku pula boleh membahayakan diri. Kesannya adalah sama sepeti keracunan alkohol.
Barangan Bedak
Barangan bedak termasuk bedak debu dan bedak badan. Bedak mengandungi bahan-bahan seperti talkum, kanji atau kedua-duanya sekali serta dengan karbonat inorganik, zink stearat, kaolin, pewangi dan mungkin juga pengawet. Secara amnya, bedak jenis ini dianggap tidak berbahaya. Namun begitu jika dihidu dengan banyak boleh menyempitkan saluran pernafasan.
Barangan Kolon
Barangan kolon serta minyak wangi amnya adalah larutan hidroalkohol yang dicampurkan dengan sedikit pewangi. Barangan ini mempunyai kandungan alkohol setinggi 50 hingga 90 peratus. Jika ditelan, ia boleh menyebabkan seseorang itu mengalami rasa mengantuk dan penekanan fungsi otak.
Selain daripada barangan yang disebutkan di atas, terdapat juga barangan lain yang biasa digunakan dan disimpan di rumah. Walaupun ia tidak dinyatakan, ini tidaklah bermakna yang ia langsung tidak merbahaya.


Wan Zainal Azman Wan Abdullah
Pusat Racun Negara, USM
 

Monday, February 14, 2011

bILa wAkTu TeLah BeRaKhiR

Bagaimana kau merasa bangga,
Akan dunia yang sementara,
Bagaimanakah bila semua hilang dan pergi,
Meninggalkan dirimu.
Bagaimanakah bila saatnya,
Waktu terhenti tak kau sedari,
Masikah ada jalan bagimu untuk kembali,
Mengulangkan masa lalu.
Dunia dipenuhi dengan hiasan,
Semua dan segala yang ada akan,
Kembali padaNya.
Bila waktu telah memanggil,
Teman sejati hanyalah amal,
Bila waktu telah terhenti,
Teman sejati tingallah sepi.

-opick-

Add caption

Friday, February 11, 2011

tiDuR n MimPi

::Di dalam sebuah hadith yang bermaksud : " Tidak tetap kegembiraan kecuali mimpi tentang perkara yang baik di mana yang bermimpi adalah seorang lelaki yang baik.Kerana mimpi yang baik adalah khabar gembira dari Allah untuk hambaNya yang baik, sedangkan mimpi buruk daripada syaitan, maka tidak akan membahayakan.Oleh itu jika mimpi buruk janganlah diceritakan kepada orang lain sedangkan mimpi yang baik ( dari Allah ) adalah tidak mengapa dicerita kepada orang lain."
::Diriwayatkan Abu Said Khudri r.a.Sesungguhnya dia mendengar Rasulullah S.A.W bersabda: " Apabila diantara kamu ada yang mimpi menyenangkan ( memberi khabar gembira ), maka ia bermakna dari Allah. maka bacalah hamdalah dan ceritakan ( mimpi yang baik tersebut kepada orang lain), tetapi sekiranya mimpi yang tidak menyenangkan , maka ia bermakna daripada syaitan.Oleh itu mohonlah perlindungan Allah dari kejahatan ( mimpi dari syaitan ), dan janganlah kamu ceritakan mimpi tersebut kepada orang lain, maka mimpi tersebut tidak akan membawa mudarat." ( Hadis Riwayat Bukhari )

::Dari penjelasan kedua-dua hadis tersebut di atas nampak jelas sekali bahawa sikap kita dalam menghadapi mimpi ada dua :
1. Sekiranya anda mimpi sesuatu yang memberitakan tentang kebaikan seperti makan, solat dan lain-lain, maka anda segera bersyukur, kerana anda telah mendapat nikmat dan anugerah dari Allah.
2. Sekiranya anda mimpi yang menakutkan atau membimbangkan, maka sikap yang perlu diambil ialah tidak menceritakan mimpi tersebut kepada orang lain, sebab jika anda mimpi yang buruk kemudian diceritakan kepada orang lain maka akan dikhuatirkan ia akan menjadi kenyataan.Seterusnya anda mesti secepatnya bertaubat dan memohon kepada Allah agar mimpi yang menyedihkan dan membimbangkan tersebut tidak menjadi kenyataan.

 

Wednesday, February 9, 2011

TaZkIRaH NafSi

dikala diri dalam kesenangan
mengapa yang tidak redha
dikala diri dalam kesusahan
mengapa ada yang tersenyum
dikala dalam kejayaan
mengapa ada yang menafikan
dikala diri sihat
mengapa ada yang membuat jahat
dikala diri dicintai
mengapa ada yang membenci
Ya Allah..
jauhkan aku dari insan ini...
yang gelisah disaat aku bersenang
yang tersenyum disaat aku kesusahan
yang menidakkan kejayaanku
yang menyakiti jasad dan qalbuku
yang membenci dikala aku bahagia

Duhai insan yang bergelar manusia...
bahagiakanlah sahabatmu
raikan kejayannya
bersama dimasa susah senangnya
doakan kesejahteraannnya

Sesungguhnya, tidak rugi berbuat baik
tidak untung berbuat khianat...
Ingatlah...
Maka siapa yang berbuat baik walau sebesar zarah akan diperlihatkan kelak
Dan siapa yang berbuat jahat walau sebesar zarah akan diperlihatkan kelak

Wednesday, January 26, 2011

AyAt KuRsi MeNjELaNg TiDuR

Abu Hurairah r.a. pernah ditugaskan oleh Rasulullah S.A.W untuk menjaga gudang zakat di bulan Ramadhan. Tiba-tiba muncullah seseorang, lalu mencuri segenggam makanan. Namun kepintaran Hurairah memang patut dipuji, kemudian pencuri itu kemudian berhasil ditangkapnya.
"Akan aku adukan kamu kepada Rasulullah S.A.W," gertak Abu Hurairah.
Bukan main takutnya pencuri itu mendengar ancaman Abu Hurairah, hingga kemudian ia pun merengek-rengek : "Saya ini orang miskin, keluarga tanggungan saya banyak, sementara saya sangat memerlukan makanan."

Maka pencuri itu pun dilepaskan. Bukankah zakat itu pada akhirnya akan diberikan kepada fakir miskin ? Hanya saja, cara memang keliru. Mestinya jangan keliru.
Keesokan harinya, Abu Hurairah melaporkan kepada Rasulullah S.A.W. Maka bertanyalah beliau : "Apa yang dilakukan kepada tawananmu semalam, ya Abu Hurairah?"
Ia mengeluh, "Ya Rasulullah, bahwa ia orang miskin, keluarganya banyak dan sangat memerlukan makanan," jawab Abu Hurairah. Lalu diterangkan pula olehnya, bahwa ia kasihan kepada pencuri itu,, lalu dilepaskannya.

"Bohong dia," kata Nabi : "Pada hala nanti malam ia akan datang lagi."
Kerana Rasulullah S.A.W berkata begitu, maka penjagaannya diperketat, dan kewaspadaan pun ditingkatkan.Dan, benar juga, pencuri itu kembali lagi, lalu mengambil makanan seperti kelmarin. Dan kali ini ia pun tertangkap.
"Akan aku adukan kamu kepada Rasulullah S.A.W," ancam Abu Hurairah, sama seperti kelmarin. Dan pencuri itu pun sekali lagi meminta ampun : "Saya orang miskin, keluarga saya banyak. Saya berjanji esok tidak akan kembali lagi."

Kasihan juga rupanya Abu Hurairah mendengar keluhan orang itu, dan kali ini pun ia kembali dilepaskan. Pada paginya, kejadian itu dilaporkan kepada Rasulullah S.A.W, dan beliau pun bertanya seperti kelmarin. Dan setelah mendapat jawapan yang sama, sekali lagi Rasulullah menegaskan : "Pencuri itu bohong, dan nanti malam ia akan kembali lagi."
Malam itu Abu Hurairah berjaga-jaga dengan kewaspadaan dan kepintaran penuh. Mata, telinga dan perasaannya dipasang baik-baik. Diperhatikannya dengan teliti setiap gerak-geri disekelilingnya sudah dua kali ia dibohongi oleh pencuri. Jika pencuri itu benar-benar datang seperti diperkatakan oleh Rasulullah dan ia berhasil menangkapnya, ia telah bertekad tidak akan melepaskannya sekali lagi. Hatinya sudah tidak sabar lagi menunggu-nunggu datangnya pencuri jahanam itu. Ia kesal. Kenapa pencuri kelmarin itu dilepaskan begitu saja sebelum diseret ke hadapan Rasulullah S.A.W ? Kenapa mahu saja ia ditipu olehnya ? "Awas!" katanya dalam hati. "Kali ini tidak akan kuberikan ampun."

Malam semakin larut, jalanan sudah sepi, ketika tiba-tiba muncul sesosok bayangan yang datang menghampiri longgokan makanan yang dia jaga. "Nah, benar juga, ia datang lagi," katanya dalam hati. Dan tidak lama kemudian pencuri itu telah bertekuk lutut di hadapannya dengan wajah ketakutan. Diperhatikannya benar-benar wajah pencuri itu. Ada semacam kepura-puraan pada gerak-gerinya.
"Kali ini kau pastinya kuadukan kepada Rasulullah. Sudah dua kali kau berjanji tidak akan datang lagi ke mari, tapi ternyata kau kembali juga. Lepaskan saya," pencuri itu memohon. Tapi, dari tangan Abu Hurairah yang menggenggam erat-erat dapat difahami, bahwa kali ini ia tidak akan dilepaskan lagi. Maka dengan rasa putus asa ahirnya pencuri itu berkata : "Lepaskan saya, akan saya ajari tuan beberapa kalimat yang sangat berguna."

"Kalimat-kalimat apakah itu?" Tanya Abu Hurairah dengan rasa ingin tahu. "Bila tuan hendak tidur, bacalah ayat Kursi : Allaahu laa Ilaaha illaa Huwal-Hayyul Qayyuuumu….. Dan seterusnya sampai akhir ayat. Maka tuan akan selalu dipelihara oleh Allah, dan tidak akan ada syaitan yang berani mendekati tuan sampai pagi."
Maka pencuri itu pun dilepaskan oleh Abu Hurairah. Agaknya naluri keilmuannya lebih menguasai jiwanya sebagai penjaga gudang.
Dan keesokan harinya, ia kembali menghadap Rasulullah S.A.W untuk melaporkan pengalamannya yang luar biasa tadi malam. Ada seorang pencuri yang mengajarinya kegunaan ayat Kursi.

"Apa yang dilakukan oleh tawananmu semalam?" tanya Rasul sebelum Abu Hurairah sempat menceritakan segalanya.
"Ia mengajariku beberapa kalimat yang katanya sangat berguna, lalu ia saya lepaskan," jawab Abu Hurairah.
"Kalimat apakah itu?" tanya Nabi.
Katanya : "Kalau kamu tidur, bacalah ayat Kursi : Allaahu laa Ilaaha illaa Huwal-Hayyul Qayyuuumu….. Dan seterusnya sampai akhir ayat. Dan ia katakan pula : "Jika engkau membaca itu, maka engkau akan selalu dijaga oleh Allah, dan tidak akan didekati syaitan hingga pagi hari."

Menanggapi cerita Abu Hurairah, Nabi S.A.W berkata, "Pencuri itu telah berkata benar, sekalipun sebenarnya ia tetap pendusta." Kemudian Nabi S.A.W bertanya pula : "Tahukah kamu, siapa sebenarnya pencuri yang bertemu denganmu tiap malam itu?"
"Entahlah." Jawab Abu Hurairah.
"Itulah syaitan."


SUMBER:
Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu




Lima perkara aneh..


Abu Laits as-Samarqandi adalah seorang ahli fiqh yang masyur. Suatu ketika dia pernah berkata, ayahku menceritakan bahwa antara Nabi-nabi yang bukan Rasul ada menerima wahyu dalam bentuk mimpi dan ada yang hanya mendengar suara. Maka salah seorang Nabi yang menerima wahyu melalui mimpi itu, pada suatu malam bermimpi diperintahkan yang berbunyi, "Esok engkau dikehendaki keluar dari rumah pada waktu pagi menghala ke barat. Engkau dikehendaki berbuat, pertama; apa yang negkau lihat (hadapi) maka makanlah, kedua; engkau sembunyikan, ketiga; engkau terimalah, keempat; jangan engkau putuskan harapan, yang kelima; larilah engkau daripadanya."
Pada keesokan harinya, Nabi itu pun keluar dari rumahnya menuju ke barat dan kebetulan yang pertama dihadapinya ialah sebuah bukit besar berwarna hitam. Nabi itu kebingungan sambil berkata, "Aku diperintahkan memakan pertama aku hadapi, tapi sungguh aneh sesuatu yang mustahil yang tidak dapat dilaksanakan." Maka Nabi itu terus berjalan menuju ke bukit itu dengan hasrat untuk memakannya. Ketika dia menghampirinya, tiba-tiba bukit itu mengecilkan diri sehingga menjadi sebesar buku roti. Maka Nabi itu pun mengambilnya lalu disuapkan ke mulutnya. Bila ditelan terasa sungguh manis bagaikan madu. Dia pun mengucapkan syukur 'Alhamdulillah'.
Kemudian Nabi itu meneruskan perjalanannya lalu bertemu pula dengan sebuah mangkuk emas. Dia teringat akan arahan mimpinya supaya disembunyikan, lantas Nabi itu pun menggali sebuah lubang lalu ditanamkan mangkuk emas itu, kemudian ditinggalkannya. Tiba-tiba mangkuk emas itu terkeluar semula. Nabi itu pun menanamkannya semula sehingga tiga kali berturut-turut. Maka berkatalah Nabi itu, "Aku telah melaksanakan perintahmu." Lalu dia pun meneruskan perjalanannya tanpa disadari oleh Nabi itu yang mangkuk emas itu terkeluar semula dari tempat ia ditanam.
Ketika dia sedang berjalan, tiba-tiba dia ternampak seekor burung helang sedang mengejar seekor burung kecil. Kemudian terdengarlah burung kecil itu berkata, "Wahai Nabi Allah, tolonglah aku." Mendengar rayuan burung itu, hatinya merasa simpati lalu dia pun mengambil burung itu dan dimasukkan ke dalam bajunya. Melihatkan keadaan itu, lantas burung helang itu pun datang menghampiri Nabi itu sambil berkata, "Wahai Nabi Allah, aku sangat lapar dan aku mengejar burung itu sejak pagi tadi. Oleh itu janganlah engkau patahkan harapanku dari rezekiku."
Nabi itu teringatkan pesanan arahan dalam mimpinya yang keempat, iaitu tidak boleh putuskan harapan. Dia menjadi kebingungan untuk menyelesaikan perkara itu. Akhirnya dia membuat keputusan untuk mengambil pedangnya lalu memotong sedikit daging pehanya dan diberikan kepada helang itu. Setelah mendapat daging itu, helang pun terbang dan burung kecil tadi dilepaskan dari dalam bajunya. Selepas kejadian itu, Nabi meneruskan perjalannya. Tidak lama kemudian dia bertemu dengan satu bangkai yang amat busuk baunya, maka dia pun bergegas lari dari situ kerana tidak tahan menghidu bau yang menyakitkan hidungnya. Setelah menemui kelima-lima peristiwa itu, maka kembalilah Nabi ke rumahnya. Pada malam itu, Nabi pun berdoa. Dalam doanya dia berkata, "Ya Allah, aku telah pun melaksanakan perintah-Mu sebagaimana yang diberitahu di dalam mimpiku, maka jelaskanlah kepadaku erti semuanya ini."
Dalam mimpi beliau telah diberitahu oleh Allah S.W.T. bahwa, "Yang pertama engkau makan itu ialah marah. Pada mulanya nampak besar seperti bukittetapi pada akhirnya jika bersabar dan dapat mengawal serta menahannya, maka marah itu pun akan menjadi lebih manis daripada madu. Kedua; semua amal kebaikan (budi), walaupun disembunyikan, maka ia tetap akan nampak jua. Ketiga; jika sudah menerima amanah seseorang, maka janganlah kamu khianat kepadanya. Keempat; jika orang meminta kepadamu, maka usahakanlah untuknya demi membantu kepadanya meskipun kau sendiri berhajat. Kelima; bau yang busuk itu ialah ghibah (menceritakan hal seseorang). Maka larilah dari orang-orang yang sedang duduk berkumpul membuat ghibah."
Saudara-saudaraku, kelima-lima kisah ini hendaklah kita semaikan dalam diri kita, sebab kelima-lima perkara ini sentiasa saja berlaku dalam kehidupan kita sehari-hari. Perkara yang tidak dapat kita elakkan setiap hari ialah mengata hal orang, memang menjadi tabiat seseorang itu suka mengata hal orang lain. Haruslah kita ingat bahwa kata-mengata hal seseorang itu akan menghilangkan pahala kita, sebab ada sebuah hadis mengatakan di akhirat nanti ada seorang hamba Allah akan terkejut melihat pahala yang tidak pernah dikerjakannya. Lalu dia bertanya, "Wahai Allah, sesungguhnya pahala yang Kamu berikan ini tidak pernah aku kerjakan di dunia dulu."
Maka berkata Allah S.W.T., "Ini adalah pahala orang yang mengata-ngata tentang dirimu." Dengan ini haruslah kita sedar bahwa walaupun apa yang kita kata itu memang benar, tetapi kata-mengata itu akan merugikan diri kita sendiri. Oleh kerana itu, hendaklah kita jangan mengata hal orang walaupun ia benar. 

sumber:  Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu








Tuesday, January 18, 2011

pedagogi oh pedagogi....

haiii,,nk ngaja gane la esok,sakit palo dh mikir..xnero mano tdo selagi xlepas lagi...cepat la berlalu wahai masa..
tapi, xpo..sbbnyo bdak kelas pai hebat blako jd pelakon...sain-sainku sekalian, esok belakon jd budok sekoloh deh..dengar ustazah ajar..kalu tahu, wat dolok xtahu..baru ada modal nak ngaja..hehe..esok kito pakat blaja iqro' satu,,,alif..baa

Saturday, January 15, 2011

kisah teladan



Rasulullah SAW, dengan para sahabatnya, Abu Bakar RA, Umar RA, dan Utsman RA bertamu ke rumah Ali RA. Dirumah Ali Ra, isterinya Fatimah RHA, puteri Rasulul;ah SAW menghidangkan untuk mereka madu yang diletakkan di dalam sebuah mangkuk yang yang cantik, dan ketika semangkuk madu itu dihidangkan, sehelai rambut telah terilut di dalam mangkuk itu. Baginda Saw kemudian memnita kesemua sahabatnya untuk membuat suatu perbandingan terhadap ketiga benda tersebut(mangkuk yang cantik, madu, dan sehelai rambut.)
Abu Bakar RA berkata: “Iman itu lebih cantik dari mangkuk ini, orang yang beriman itublabih manis dari madu, dan mempertahankan iman itu lebih susah dari meniti sehelai rambut”.
Umar RA berkata “Kerajaan itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, seorang raja itu lebih manis dari madu, dan memerintah dengan adil itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut”.
Utsman RA berkata, “ilmu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang yang menuntut ilmu itu lebih manis dari madu, dan beramal dengan ilmu yang dimiliki itu lebig sulit dari meniti sehelai rambut.”  
Ali RA berkata: “tamu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, menjamu tetamu itu lebih mulia dari madu, dan membuat tetamu senang sampai kembali pulang kerumah adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut.”
Fatimah RHA berkata: “seorang wanita itu cantik dari sebuah mangkuk yang cantik, wanita yang berpurdah itu lebih manis dari madu, dan mendapatkan seorang wanita yang tidak pernah orang lai melihatnya kecuali muhrimnya adalah lebih sukar dari meniti sehelai rambut.
Rasulullah SAW bersabda: “ seorang yang mendapat taufiq untuk beramal adalah lebih cantik dari mangkuk ini, beramal dengan amal yang baik itu lebih manis dari madu, dan berbuat amal dengan ikhlas adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut.
Malaikat Jibril AS berkata: “menegakkan tiang-tiang agama itu adalah lebih cantik dari  mangkuk yang cantik, menyerah diri,harta,dan waktu untuk usaha agama adalah lebih manis dari madu, dan mempertahankan usaha agama sampai akhir hayat lebih sukar dari meniti sehelai rambut.
Allah SWT berfirman “ syurga-Ku itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik itu, nikmat syurga-Ku itu lebih manis dari madu, dan jalan menuju syurga-Ku adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut.”
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...